Kop SDG ialah platform Koperasi Matlamat Pembangunan Lestari Berhad, yang berorientasikan impak yang menyokong pembangunan komuniti, pemasaran produk lestari dan inisiatif beli-untuk-impak di seluruh Malaysia.
Produk Kop SDG merupakan hasil pelaksanaan projek komuniti mampan yang digerakkan oleh Rakan Solusi APPGM-SDG dari seluruh negara. Melalui inisiatif Beli-Untuk-Impak (Buy For Impact), setiap produk menyumbang kepada kemajuan Matlamat Pembangunan Mampan di Malaysia.