Media & Blog

Memperkasa Komuniti: Tamu SDG 2026 Zon Pantai Timur

Kop SDG dengan bangganya menyokong penganjuran program Tamu SDG 2026 (Zon Pantai Timur)! Dianjurkan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG), karnival komuniti ini dibawakan khas untuk menghidupkan solusi lestari tempatan, keusahawanan sosial, dan impak akar umbi.

Sebagai sebahagian daripada siri jelajah negara yang merangkumi pelbagai zon dan wilayah, edisi kali ini memberi tumpuan sepenuhnya kepada bakat, inovasi hijau, serta perusahaan komuniti di Pantai Timur.

Karnival Tamu SDG jadi platform perkasa komuniti & agenda pembangunan lestari

KUALA LUMPUR, 1 Disember – Karnival Kelestarian Komuniti (Tamu SDG) menjadi platform penting menghimpunkan Rakan Solusi dari seluruh negara untuk mempamerkan impak, produk, inovasi dan perkhidmatan berasaskan komuniti, sekali gus mengukuhkan usaha ke arah pembangunan lestari.