Tamu SDG: Karnival Kelestarian Komuniti

Pada 1-2 Disember 2025, APPGM-SDG, dengan kerjasama Koperasi Matlamat Pembangunan Lestari Berhad dan Persatuan Rakan Solusi Matlamat Pembangunan Lestari (PRS-MPL), telah menganjurkan Tamu SDG: Karnival Kelestarian Komuniti 2025 yang bertemakan “Inovasi Tempatan, Impak Global dalam Memacu SDG-SSE Melalui Keusahawanan Sosial” di Parlimen Malaysia.

Acara ini disokong oleh Dana Kelestarian Rakan APPGM-SDG, Inisiatif Intervensi Dasar, usahsama bersama Yayasan Hasanah serta Kementerian Kewangan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Rushdan Rusmi, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Karnival merangkap Ahli Jawatankuasa APPGM-SDG, dan YB Puan Young Syefura Othman. Turut hadir memeriahkan majlis Puan Raja Nur Diana Raja Harun, Ketua Perhubungan Strategik Yayasan Hasanah. 

Pada Hari Kedua, Tamu SDG turut menerima kunjungan Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia. Turut hadir adalah Puan Norazila Mohd Zainol, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan YBhg. Datuk Haji Muhammad Ali Hasan,